Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 15 June 2012

Wartawan terkejut kereta remuk dilanggar lari



PARIT BUNTAR - Seorang wartawan akhbar bahasa Cina terkejut apabila mendapati kereta miliknya yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pantai, Kuala Kurau di sini remuk akibat dilanggar lari, kelmarin.

Wartawan akhbar Guang Ming Daily, Eng Mooi Ping, 27, berkata, kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya itu disedari ketika dia hendak keluar bekerja.

Menurutnya, seawal jam 5 pagi, jirannya terdengar satu bunyi dentuman kuat berlaku di hadapan kawasan kediaman rumahnya.

"Salah seorang jiran saya hilang kawalan sebelum bertindak melanggar sebuah motosikal di tepi jalan dan seterusnya melanggar kereta saya.

"Jiran saya ini dikatakan terus meninggalkan tempat kejadian sebaik sahaja kenderaan dinaikinya dapat dihidupkan, bagaimanapun jiran terdekat bertindak pantas mencatat nombor plat pendaftaran kenderaan terbabit," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, semalam.

Mooi Ping berkata, sejurus menyedari keretanya dilanggar lari, dia lantas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian cawangan trafik.

“Setibanya saya ke balai polis, jiran yang melanggar kereta saya turut berada di sana untuk membuat laporan polis.

"Beliau memberi alasan tidak dapat mengawal kenderaan yang dinaiki kerana cuba mengelak seekor anjing yang melintas,” katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan beliau sukar untuk pergi bekerja selama lebih sebulan.

“Di sebalik masalah ini, saya komited untuk terus menjalankan tugas dan terpaksa meminjam kereta milik keluarga buat sementara,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: