Partime Job

Friday 15 June 2012

Mengaku tak bersalah simbah minyak panas

GEORGETOWN - Akibat perselisihan faham, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pemilik kedai yang terletak bersebelahan kedainya, enam hari lalu.

Bagaimanapun, Lim Huah Heng, 38, dari Permatang Damar Laut, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kony Kean Eng, 41, dengan menyimbah minyak panas di kedai makan Tian Lai, Jalan Macalister,
di sini, kira-kira jam 5 petang, 9 Jun lalu.

Untuk itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hasim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda atau sebat ataupun dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Huan Heng dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk serahan laporan perubatan dan dokumen.

sumber : sinarharian

No comments: