Partime Job

Friday 15 June 2012

Jerit terima baik penjelasan isu gaji minimum

PUTRAJAYA - Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) berpuas hati dengan penjelasan pegawai Kementerian Sumber Manusia berhubung isu gaji minimum bagi pekerja kontrak dan tukang cuci di negara ini.

Penyelaras gabungan itu M. Sivaranjani berkata pekerja kategori itu boleh membuat aduan terhadap mana-mana majikan yang tidak mahu membayar gaji minimum RM900 di Jabatan Tenaga Rakyat berdekatan agar pihak kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka.

"Semua pekerja kecuali pekerja sendiri dan pembantu rumah tempatan diberikan gaji minimum RM900, kalau majikan menggunakan alasan kononnya pekerja kontrak dan tukang cuci tidak layak menerima gaji minimum maka aduan boleh dibuat terhadap majikan itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Bahagian Dasar Sumber Manusia, Kun Abun di sini hari ini.

Katanya, penjelasan juga diberikan berhubung isu elaun bagi sektor pekerja tersebut serta menasihatkan para pekerja supaya tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia(MEF,)kononnya semua elaun dimasukkan sekali dalam gaji minimum.

Menurutnya, kementerian belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Mereka (pihak kementerian) kata kenyataan itu tidak sah, di mana kementerian belum mengeluarkan apa-apa maklumat atau mengadakan perbincangan berhubung isu itu. Kalau majikan kata mereka tak boleh bayar mana-mana elaun... buat aduan," katanya. - Bernama

No comments: