Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 18 June 2012

Dipenjara akibat bakar muka isteri



KOTA BHARU- Gara-gara membakar muka isterinya menggunakan wang RM1 seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun selepas mengaku bersalah semalam.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mustafa Mamat, 40, kerana didapati bersalah mencederakan muka Rohana Abdullah, 40, sehingga melecur menggunakan wang RM1 yang dibakarnya.

Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rohana menggunakan kerusi dan wang yang dibakar di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, kira-kira jam 9.30 malam pada 2 Febuari lalu.

Berikutan itu, Wan Mustafa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Ketika prosiding berlangsung, Wan Mustafa merayu hukuman ke atasnya dikurangkan bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam meminta supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang suami bukan sahaja tergamak memukul isterinya dengan kerusi bahkan mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur.

Dalam kejadian itu, dilaporkan lelaki terbabit yang juga bekas banduan meminta wang daripada anak perempuannya berusia 19 tahun untuk membeli dadah.

Dilaporkan selepas itu, suspek tersebut bertindak membakar wang kertas RM1 menggunakan emetik api lalu mencucuh mata kiri isterinya.

sumber : sinarharian

No comments: