Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 18 June 2012

Bekas isteri layak dapat durian runtuh

BENTONG – Felda memutuskan bekas isteri peneroka layak menerima durian runtuh yang bakal diserahkan pada 7 Julai nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun peratusan peneroka berkahwin lebih dari satu adalah kecil, namun Felda mengambil perhatian sewajarnya berkaitan isu tersebut.

“Pembahagian durian runtuh sebanyak RM5,000 itu hendaklah sama rata iaitu RM2,500 setiap seorang.

“Begitu juga sekiranya isteri pertama atau kedua-duanya mempunyai anak, wang agihan durian runtuh turut membabitkan semua anak,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival dan Penjenamaan Kolej serta Pelancaran Alumni Yayasan Felda di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, semalam.

Mohd Isa berkata, bagi memastikan urusan penyerahan durian runtuh berjalan lancar, mereka (bekas isteri peneroka) diminta tampil ke pejabat rancangan untuk memberi maklumat.

Menurutnya, bantuan ketua peneroka juga diperlukan untuk mengesan kes seperti itu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Felda akan mempergiatkan aktiviti turun padang bertemu peneroka untuk menjelaskan
kekeliruan terutama berkaitan pembahagian saham.

Menurutnya, beliau yakin peneroka faham dengan jelas berhubung perkara itu dan tidak lagi terpengaruh dengan pembangkang yang nyata ketandusan isu.

sumber : sinarharian

No comments: