Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 18 June 2012

Cadang had umur kahwin minimum 21 tahun



JAKARTA- Timbalan Lembaga Penyelarasan Perancangan Keluarga Nasional (BKKBN) memaklumkan cadangan beliau untuk menaikkan had umur wanita berkahwin di negara itu daripada 16 kepada 21 tahun.

Hardiyanto berkata, remaja yang berumur 16 tahun masih terlalu muda untuk berkahwin dan berkeluarga.

Ini kerana, kebanyakan daripada mereka masih tidak matang dan belum bersedia untuk menggalas tanggu ngjawab sebagai isteri atau ibu sehingg a mendorong berlakunya perceraian.

"Jika cadangan ini diluluskan di Dewan Rakyat, kami berharap golongan wanita akan mempertimbangkan untuk berkahwin pada umur 21 dan ke atas. Langkah ini jug a sebenarnya dapat membendung kadar kematian ibu dan kelahiran yang tingg i di Indonesia," jelasnya.

Difahamkan, kadar kematian ibu semasa melahirkan anak di negara itu adalah 228 bagi setiap 100,000 kelahiran, sekali gus angka tersebu t adalah yang tertinggggi di Asia Tenggggara.

sumber : sinarharian

No comments: