Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 4 May 2012

Isteri maut ditikam suami kerana tegur suami malas

KINABATANGAN - Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah.

Kejadian berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini pada pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali.

"Wanita itu dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an yang mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu," katanya.

Beliau berkata mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis.

Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah, kata Lugu dan menambah suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

"Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri," katanya. - Bernama

No comments: