Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 2 May 2012

Gaji minimum: Antara persepsi, implimentasi dan keraguan

PERDANA Menteri pada Isnin lalu telah mengumumkan gaji minimum kebangsaan berdasarkan lima elemen utama iaitu:-

- Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam)

- Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

- Membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum

- Tempoh kuat kuasa bagi kategori majikan kecil ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

- Mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

Persoalan

Tarikh kuat kuasa enam bulan akan membuka ruang luas pada majikan untuk mengambil langkah memasukkan sebahagian elaun sedia ada dan dicampur gaji asas untuk dicukupkan menjadi gaji minimum RM900. Dengan cara ini, majikan dapat mengelakkan membayar gaji minimum RM900 sepenuhnya seperti hasrat asal kaum pekerja.

Perbezaan antara Semenanjung,Sabah dan Serawak adalah tidak selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia. Ianya akan memperluaskan jurang perbezaan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Serawak.

Kebenaran kepada majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum untuk memohon lanjutan tempoh melaksanakan dari 12 bulan kesuatu tempoh lain akan akhirnya melenyapkan harapan pekerja untuk menikmati gaji minimum. Gaji minimum untuk pengawal keselamatan adalah contoh yang telah berlaku dan ia besar kemungkinan akan berlaku sekali lagi dalam pelaksanaan gaji minimum kebangsaan.

Bagaimanapun gaji minimum ini bila diberi kelonggaran untuk majikan masukkan elaun ke dalam gaji akan memberikan manfaat kepada pekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:-



i. Jumlah gaji pokok untuk pekerja akan menjadi RM900 dan ini akan menguntungkan pekerja dari sudut pembayaran EPF sumbangan majikan dan pekerja yang lebih tinggi.

ii. syarikat yang membuat bayaran pampasan persaraan, gratuiti akan mengambil kira gaji terakhir yang berjaya ditingkatkan asasnya.

iii. bayaran pencen ilat ketika terlibat dengan kemalangan akan layak menerima pencen ilat yang lebih baik kerana paras gaji minimum telah ditetapkan RM900.

iv. Kadar bayaran lebih masa akan menjadi lebih tinggi kerana kiraan berasaskan gaji minimum.

v. Kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi nilainya berbanding gaji asal yang rendah dari paras RM900.

vi. Jika syarikat alami masalah kewangan dan tidak mampu, potongan akan didahulukan untuk elaun berbanding gaji

vii. Bayaran bonus akan lebih tinggi nilainya kerana bonus dibayar berdasarkan kiraan gaji dan bukan elaun.

Bagaimanapun prinsip gaji minimum telah lari dari cadangan dan matlamat asal MTUC yang menetapkan gaji minimum RM900 dan Cola RM300 bila ia mengambil kira sebahagian elaun. Tafsiran gaji dan elaun tidak boleh disamakan. Gaji bukanlah elaun dari sudut tafsirannya mengikut undang-undang pekerjaan. Penyerapan elaun ke dalam gaji akan memberi ruang kepada majikan untuk memasukkannya sebahagian dari elaun pekerja dalam gaji untuk mencukupkan jumlah RM900. Dari sudut mata kasar seperti nampak pekerja akan dapat gaji yang lebih tinggi tetapi hakikatnya dari sudut pendapatan - pekerja sebenarnya hilang nilai kepada pendapatan bila elaun diserapkan ke gaji minimum.

Anologi mudah:

Gaji permulaan semasa - RM600 Elaun Tetap pengangkutan + Shift + Kehadiran – RM300

Gaji minimum kelak akan menjadi RM900 tetapi elaun tetap akan hilang! (Ini merugikan pekerja kerana pendapatan pekerja pada sebelum pelaksanaan gaji minimum sudah sedia ada bernilai RM900. Pengumuman gaji minimum tidak akan mengubah apa-apa pendapatan pekerja jika sebahagian elaun diambil kira untuk kiraan gaji minimum.

Kaedah sebenarnya untuk laksanakan gaji minimum mestilah:-

Gaji minimum RM900

Elaun Tetap pengangkutan + giliran kerja + Kehadiran – RM300

Jumlah Pendapatan – RM900 + RM300 = RM1,200

Akan wujud pelbagai masalah jika pelaksanaan Gaji minimum tidak dilakukan dengan cermat antaranya:

- Akan wujud anomali dari sudut gaji

- Gaji Staff Junior akan menghampiri gaji pekerja senior

- Kekananan dalam perkhidmatan tidak akan lagi menjadi salah satu instrumen untuk mengukur kadar upah

- Jika Majikan terpaksa melakukan pelarasan gaji, maka ia akan melibatkan tambahan kos pd majikan

Secara keseluruhannya pengumuman gaji minimum ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan setelah MTUC membangkitkannya sejak 12 tahun lalu iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Malangnya ia tidak menepati prinsip asal gaji minimum seperti yang dituntut MTUC dan ia turut menimbulkan persepsi keraguan terhadap pelaksanaannya. Kerajaan diseru memberi penjelasan lanjut terhadap isu penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap sebagai gaji minimum supaya ia dapat memberikan impak yang tulin terhadap prinsip pelaksanaan gaji minimum.

sumber : sinarharian

No comments: