Partime Job

Friday 4 May 2012

Bayi lapan bulan maut terkena renjatan elektrik


ALOR SETAR - Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang wayar pada soket penyambung elektrik, di rumah keluarga bapanya, di Kampung Lancok, Tok Leed, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, sewaktu kejadian, mangsa, Syahmina Zulaikha Mohamad Hazim Akmal berada di rumah berkenaan bersama seorang lagi ibu saudaranya, Nor Aina Rosli, 14, serta kakak mangsa, Sofina Zulaikha, tiga tahun.

Katanya, sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka berada di ruang tamu sebelum Sofina menangis meminta Nor Aina menyediakan nasi goreng.

“Semasa di dapur, Sofina segera mendapatkannya dan memberitahu dik Na (Nor Aina) bahawa Syahmina tidur di ruang tamu.

“Dik Na kemudian keluar ke depan dan melihat Syahmina dalam keadaan tersembam dengan tangan kiri memegang wayar, sebelum pantas bertindak mengangkatnya yang sudah tidak bergerak,” katanya.

Ketika kejadian, ayah mangsa, Mohamad Hazim Akmal, 23, tiada di rumah dan ibu mangsa, Siti Mariam Idris, 23, masih belajar di sebuah kolej swasta di Pulau Pinang.

sumber : sinarharian

No comments: