Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Wanita disaran giatkan dakwah


KOTA BHARU - Golongan wanita bukan sahaja membantu keluarga mengharungi pelbagai masalah harian malah dalam masa sama menjadi pelengkap kepada keharmonian keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, selain terserlah dalam bidang perniagaan, wanita Kelantan juga mampu berada sebaris dengan golongan lelaki dalam menghadapi cabaran masa kini.

Menurutnya, kerajaan Kelantan mahu melihat golongan wanita menjadi pendakwah kepada anak-anak muda terutamanya dalam kalangan remaja perempuan dengan mengajak mereka ke arah kebaikan.

“Sememangnya terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dan dengan adanya kepimpinan dalam kalangan wanita, ia dapat memudahkan lagi urusan untuk mendekati golongan sasar tersebut.

“Kita berharap lebih banyak program dapat dilaksanakan dalam usaha mendekati remaja wanita bagi memastikan mereka tidak mudah terjerumus dalam gejala sosial yang semakin serius ini,” katanya demikian dalam Program Memperkasakan NGO Wanita

Kelantan Bersama Ustazah Asni Mansoor di sini, semalam.

Program yang turut disertai isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak itu turut dihadiri Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Aziz Yunus.

Abdul Fattah berkata, Kelantan sinonim dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang yang merupakan seorang pemimpin wanita terunggul di Kelantan pada suatu masa dahulu boleh menjadi penyuntik semangat untuk kaum hawa meneruskan semangat kepimpinan.

“Kerajaan Kelantan sentiasa memberi galakkan kepada mana-mana NGO wanita yang ingin mengadakan pelbagai aktiviti khususnya untuk remaja wanita dan golongan ini wajar didekati dan diberi pendedahan mengenai kesan buruk akibat terjebak dengan gejala sosial,“ katanya.

sumber : sinarharian

No comments: