Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Penuntut kolej didenda menagih, miliki dadah

KOTA BHARU – Seorang penuntut sebuah kolej di sini dikenakan denda RM5,700 atau 16 bulan penjara selepas didapati bersalah menagih dan memiliki dadah, empat bulan lalu.

Hukuman terhadap pemuda berusia 19 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah metamphetamine di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sini, pada 3.30 pagi, 1 Februari 2012.

Manakala pada pertuduhan berasingan, dia didakwa memiliki 0.2 gram dadah jenis sama di Taman Sri Pauh Panji di sini, pada jam 11.30 pagi, 31 Januari 2012.

Susulan pengakuan salah tertuduh semalam, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly mengenakan hukuman denda RM2,200 atau lapan bulan penjara pada kesalahan pertama dan denda RM3,500 atau lapan bulan bagi kesalahan kedua. Kedua-dua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

sumber : sinarharian

No comments: