Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Umum dasar gaji minimum

KUALA LUMPUR: Dasar gaji minimum dijangka diumumkan dalam separuh pertama tahun ini, sementara peningkatan kemahiran dan penambahbaikan tenaga kerja akan diteruskan, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

Dalam laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi 2011, Pemandu berkata, fokus sudah diberikan kepada lima sektor: minyak, gas dan tenaga; pelancongan; elektrik dan elektronik; kandungan komunikasi dan infrastruktur; dan perkhidmatan perniagaan.


Selain daripada itu, program MyProCert yang bertujuan meningkatkan kemahiran warga Malaysia ke standard persijilan antarabangsa menyasar untuk melahirkan 5,000 profesional diperakui menjelang 2014.

Sementara itu, Pemandu berkata, 33 syarikat di bawah enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sudah dikenal pasti bersedia dilepaskan sama ada menerusi penyenaraian, pengurangan saham ataupun dilupuskan terus.


Di bawah rancangan untuk merasionalisasikan portfolio GLC, lima sudah dikenal pasti untuk pengurangan saham, tujuh untuk penyenaraian awam dan 21 untuk dilupus terus.


Untuk tahun 2011-2012, 24 syarikat sudah dikenal pasti untuk eksesais pelupusan kerajaan dan proses akan bermula memandangkan saham-saham telah mencecah harga yang dipersetujui.

“Setakat hari ini, empat syarikat terdiri daripada empat anak syarikat dalam IPO MSM Holdings Bhd telahpun dilupuskan. Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dijangka berlaku pada Mei 2012,” kata laporan itu.

sumber : mymetro

No comments: