Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Kes ditimpa roda monorel selesai

KUALA LUMPUR: Kes saman wartawan kanan Bernama David Chelliah, yang menjadi tajuk utama akhbar 10 tahun lalu apabila roda monorel seberat 14 kilogram jatuh dan menyebabkan beliau cedera parah di kepala, akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Penyelesaian itu dimuktamadkan menerusi proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu.


Sesi mediasi itu dipengerusikan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada 12 Mac, dan kedua-dua plaintif serta defendan bersetuju dengan jumlah penyelesaian, yang dirahsiakan.

Defendan menerusi syarikat insuransnya diarah membuat pembayaran penuh dalam tempoh 45 hari dari tarikh penyelesaian kes itu direkodkan oleh mahkamah. - Bernama

No comments: