Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Tiga beranak lalok dicekup

JEMPOL: Memalukan apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dengan dadah bersama suami dan anak gadisnya di sebuah pondok kebun getah berhampiran Felda Palong 15 di sini.

Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang Khamis lalu, tiga beranak berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan bersama tiga lelaki lain yang juga berusia lingkungan sama di pondok berkenaan.
Sumber polis berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan lokasi penagih dadah itu.

“Ketika serbuan, dua lelaki cuba melarikan diri, namun ditahan dan seorang daripadanya mencampakkan kotak rokok.


“Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan plastik dan satu tiub disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 14.58 gram (g) dalam kotak itu,” katanya di sini, semalam.


sumber : mymetro

No comments: