Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Tragedi pesawat Rusia terhempas di Siberia


MOSCOW - Sebuah pesawat penumpang Rusia terhempas di Siberia, menyebabkan sekurang-kurangnya 32 penumpang terbunuh.

Pesawat sederhana ATR 72, milik syarikat penerbangan Rusia, UTair, terhempas kira-kira 30 ke 35 kilometer (km) dari Tyumen, utara Siberia.

Pegawai kecemasan Rusia memberitahu, 11 lagi mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan menggunakan helikopter.

Wakil penerbangan berkata, nahas berlaku sejurus pesawat berlepas dan terpaksa melakukan satu pendaratan kecemasan 1.5 km di luar Lapangan Terbang Roshchino.

Pesawat yang dinaiki seramai 43 penumpang termasuk empat anak kapal dari bandar Tyumen yang sedang dalam perjalanan ke Surgut kemudian hilang daripada skrin radar sejurus berlepas.

Kementerian kecemasan berkata, seramai 232 pekerja penyelamat dan penyiasat ditugaskan ke lokasi nahas.

sumber : sinarharian

No comments: