Partime Job

Monday 16 April 2012

Terkejut harga barangan lebih murah di KR1M

PORT DICKSON: “Ini kali pertama saya membeli-belah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan saya sangat terkejut apabila melihat harganya jauh lebih murah berbanding di pasar raya atau kedai lain.

“Malah, saya tidak menyangka akan ada kedai yang boleh menawarkan harga serendah ini. Selepas ini, saya akan pastikan KR1M menjadi pilihan kami sekeluarga,” kata Lin Keong Kee, 34, ketika ditemui di KR1M, Lukut, dekat sini, kelmarin.


Menurut Lin, yang tinggal di Bukit Pelanduk, Chuah, selama ini dia hanya mendengar perbualan daripada rakan sekerja dan jiran setempat berkaitan harga murah ditawarkan KR1M, namun tidak pernah cuba untuk berkunjung ke premis itu berikutan tidak yakin dengan barangan yang digunakan keluarga terdapat di KR1M.

“Hari ini terbukti jangkaan saya meleset, selepas datang dan lihat sendiri, semua barangan yang kami guna ada dijual di sini dengan harga sPengerusi Makkal Sakti Negeri Sembilan, Datuk AK Kumaravel yang ditemui ketika membeli barangan bersama keluarga di premis itu turut memberikan pendapat sama berkaitan kualiti barangan selain tawaran harga yang murah di KR1M.


“Harga berpatutan ditawarkan di KR1M bersesuaian kehendak penduduk yang mahu barangan berkualiti pada harga murah.


“Saya tidak malu menghebohkan kepada penduduk Port Dickson kami sekeluarga antara pelanggan KR1M, kedai ini diwujudkan bukan untuk orang kurang kemampuan tapi untuk membantu rakyat bijak berbelanja,” katanya.

sumber : hmetro

No comments: