Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Tangani gejala murtad

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memandang serius isu murtad dan akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia bukanlah perkara baru tetapi sudah lama melanda masyarakat Islam di negara ini.


“Gejala murtad tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat Islam kerana sebagai umat Islam, kita patut menjaga kesucian agama serta tetap pada pendirian masing-masing.

“Ini adalah perkara sensitif dan apa yang disiarkan menerusi video yang didedahkan itu bukan lakonan semata-mata tetapi pengakuan individu yang pernah murtad,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai video murtad pasangan suami isteri yang didedahkan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali, kelmarin.


Beliau berkata, perkara ini akan ditangani sebaik mungkin di peringkat kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri mengikut undang-undang dan enakmen yang termaktub.

Pada majlis sama, seramai 67 kakitangan MAIWP diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun lalu dan 113 lagi menerima sijil penghargaan perkhidmatan.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kompleks khas mualaf yang akan dibangunkan MAIWP akan beroperasi dalam tempoh dua tahun lagi dan majlis pecah tanah akan diadakan pada 9 April ini.

“Kompleks yang akan menempatkan 300 mualaf ini akan turut dijadikan tempat untuk membantu mereka mencari sumber pendapatan baru kerana apabila mereka memasuki pusat ini, mereka akan kehilangan punca pendapatan buat sementara waktu apabila berada di sana kelak,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: