Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Masuk longkang pulang kenduri

KUDAT: Kegembiraan 10 bersaudara yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri saudara mereka di Kampung Barambangon, dekat sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam longkang di Kampung Suangpai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Jofly @ Ramle Lukan, 42, yang juga pemandu kereta jenis Mitsubishi Pajero, dipercayai meninggal dunia di Hospital Kudat, akibat lemas.
Sembilan lagi penumpang berkenaan hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen berkata, ketika kejadian, penumpang kenderaan terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Suangpai, selepas menghadiri majlis kenduri di Kampung Barambangon, dekat sini.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas dan terhumban ke dalam longkang, menyebabkan sebahagian kenderaan itu ditenggelami air.

sumber : mymetro

No comments: