Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Gembira dapat pulang’

HATYAI, SONGKHLA: “Saya gembira kerana dapat pulang ke Malaysia dan akan cuba melupakan tragedi menakutkan itu, malah terharu dengan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia (KP1M),” kata mangsa letupan bom, Choo Kok Boon, 46, dari Kuala Lumpur apabila dimaklumkan dibawa pulang menggunakan ambulans KP1M ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor.

Choo dibawa pulang bersama isterinya, Somkhid Luangnut, 37, warga Thailand yang turut cedera dalam kejadian letupan bom di Hotel Lee Garden Plaza, di sini, yang turut mengorbankan dua rakyat Malaysia serta mencederakan 10 lagi.


Dia yang menerima rawatan di Hospital Rajyindee di sini, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keprihatinan beliau membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

“Saya terharu dan menghargai usaha Perdana Menteri membantu kami pulang, bukan layanan kurang baik di hospital ini, tetapi bagi memudahkan keluarga,” katanya.


Pasangan suami isteri berkenaan dibawa keluar dari hospital itu jam 11.45 pagi semalam dengan bantuan Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan itu.

sumber : mymetro

No comments: