Partime Job

Thursday 19 April 2012

Tak terima maaf

PUCHONG: “Kami tidak rela sekadar meminta maaf, kami tak boleh terima. Isu halal haram tidak boleh main-main,” kata Naib Pengerusi Perkim Putra, Abdul Aziz Ismail ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, susulan pendedahan Harian Metro berhubung tindakan seorang pemilik kedai runcit bukan Islam mencampur-adukkan produk makanan berlogo halal dengan daging babi dalam satu bilik sejuk beku di Cheras, dekat sini, 13 April lalu, pihaknya membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu.


Menurutnya, sejak terbabit dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih 10 tahun lalu, hampir lima kejadian sama berlaku dan alasan diberikan sama.

“Mereka nak permainkan Islam. Perkara ini perlu diberi perhatian serius sebab itu saya mewakili umat Islam membuat laporan polis.


“Malah, kami akan jihad dalam isu halal. Penguatkuasaan juga hangat-hangat tahi ayam, buat operasi sekadar memenuhi kuota,” katanya.


Abdul Aziz membuat satu laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, 17 April lalu, tiga hari selepas Harian Metro mendedahkan laporan seorang peniaga di Taman Bukit Anggerik, Cheras mencampur aduk produk makanan berlogo halal dengan daging babi dalam satu bilik sejuk beku.

Bagaimanapun, peniaga berusia 40-an terbabit terkejut dengan serbuan penguat kuasa Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan tidak tahu ia kesalahan besar sebelum meminta maaf.

sumber : hmetro

No comments: