Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Sakit kepala' tahan bau busuk


D’PINGGIRAN KOTA – Rata-rata penduduk, di sini, kecewa apabila terpaksa menghidu bau busuk dan me­loyakan hampir setiap hari berikutan sistem kumbahan, per­paritan serta longkang di kawasan itu tidak diselenggarakan sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak, namun pen­duduk mendakwa masalah mereka masih belum diberi tindakan sekali gus menyebabkan mereka terus berdepan dengan situasi yang sama.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman D’Pinggiran Kota, Adyanto Tauhid berkata, penduduk sudah ‘sakit kepala’ menahan bau busuk najis akibat kerosakan sistem kumbahan dan longkang tersumbat.

Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan dengan men­gemukakan surat rasmi permohonan bantuan penyelenggaraan kepada pelbagai pihak, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.

“Kami sudah maklum akan banyak perkara yang menidakkan kami untuk memperoleh kemudahan kerana taman perumahan ini masih belum memperoleh Sijil Layak Men­duduki (CF) disebabkan pemaju bersikap lepas tangan, namun kami ber­harap pihak berkuasa dapat membantu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adyanto berkata, pada per­tengahan tahun lalu, loji kumbahan itu pernah rosak dan diperbaiki Jabatan Insolvensi, namun untuk kali ini kata putus mengarahkan agar kos pembaikan ditanggung penduduk sendiri yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

"Walaupun kami sudah beberapa kali melakukan kerja-kerja pem­bersihan longkang, namun masalah ini masih berlarutan selagi loji kum­bahan tidak dibaiki.

“Pada waktu hujan, keadaan ini akan menjadi bertambah teruk me­mandangkan kami tinggal ber­hampiran dengan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Palong,” katanya.

Katanya, penduduk sudah me­mohon agar ada pihak yang tampil menangani masalah ini, sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

“Kami sebenarnya sudah habis ikhtiar dan selepas semua usaha di­lakukan persatuan penduduk me­nemui jalan buntu, kami mengambil keputusan untuk mengajukannya kepada media sebelum membawanya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bau busuk turut dapat dihidu di kawasan perumahan tersebut dan dimaklumkan semua penyelenggaraan taman tidak pernah diperoleh selain kutipan sampah yang tidak konsisten walaupun penduduk di sini adalah pembayar cukai.

Untuk rekod, Taman D’Pinggiran Kota menempatkan seramai 2,00 penduduk melibatkan hampir 90 rumah berpenghuni.

sumber : sinarharian

No comments: