Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 4 April 2012

Pusat jagaan nyaris terbakar


SEREMBAN – “Ketika sedang menjalankan tugas, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi letupan kecil sebelum seorang daripada kami ternampak asap di bahagian bumbung,” kata Saraswati, 43, yang nyaris terkena renjatan elektrik, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seramai 50 kanak-kanak berusia antara 3 bulan sehingga 8 tahun dan tujuh penyelia dikejutkan dengan bunyi letupan kecil sebelum ternampak kepulan asap dari atas bumbung Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yayasan Tunku Nurul Hayati.

Saraswati yang juga kerani pusat jagaan itu berkata, dia segera menghubungi bomba dan kemudiannya menyelamatkan kanak-kanak, sebahagiannya sedang tidur dengan bantuan penyelia yang lain.

“Ketika kejadian, hari hujan dan kanak-kanak di pusat jagaan ini ada yang sedang tidur dan sebahagiannya leka bermain.

“Ketika bunyi guruh disertai petir, tiba-tiba saya nampak cahaya daripada fius telefon dan bunyi letupan kecil sebelum bekalan elektrik di sini terputus,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia bersyukur tiada kecederaan dalam kejadian berkenaan dan keadaan dapat dikawal walaupun dia nyaris terkena renjatan elektrik.

Sementara itu Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zulkifli Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.45 tengah hari dan mengambil masa lima minit untuk tiba di lokasi.

“Ketika kami tiba, tiada api kelihatan. Hanya kepulan asap dari atas bumbung menyebabkan kami terpaksa pecahkan bahagian siling.

“Setelah diperiksa, kami mendapati bahagian pelapik siling terbakar dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api,” katanya.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasata

sumber : sinarharian

No comments: