Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 4 April 2012

Mayat penyamun dalam kereta


KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan individu yang ditemui mati dalam kereta Proton Waja di Tasik Titiwangsa, kelmarin adalah seorang daripada empat suspek yang terlibat dalam kejadian samun seorang bekas pegawai tentera di Kelana Jaya empat jam sebelum itu.

Suspek yang maut adalah warga Indonesia dikenali sebagai Ariyango, 44, ditemui terbaring di bahagian tempat duduk sebelah pemandu, dengan kesan kecederaan akibat ditembak satu das di bahagian abdomen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek terbabit ada kaitan dengan kes cubaan menyamun seorang bekas pegawai tentera yang dikatakan baru keluar bank kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Menurutnya, cubaan suspek bersama tiga lagi rakan senegara gagal, apabila mangsa terbabit yang memiliki pistol bertindak melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

“Suspek yang cedera terkena tembakan dipercayai melarikan diri bersama tiga rakannya dengan menaiki kereta Proton Waja itu.

“Bagaimanapun, mayat suspek ditemui ditinggalkan dalam kereta terbabit di kawasan parkir di Tasik Titiwangsa kira-kira jam 5 petang kelmarin,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku ‘Scorpio On The Dragon’s Demise’, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu dicuri, selain turut merampas parang, nombor pendaftaran kereta serta pasport yang ditemui dalam bonet kenderaan terbabit.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang penagih dadah, nyaris maut ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah tokong di kawasan Jinjang, Sentul, kelmarin.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12 tengah hari dan 1 petang itu, mangsa yang cedera parah dikatakan sempat menahan teksi dan meminta dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Chin Wah berkata, pihaknya belum terima maklumat lanjut berhubung kejadian, ekoran mangsa berusia 44 tahun itu masih menerima rawatan di hospital.

“Kita kena tunggu mangsa pulih, sebelum rekodkan percakapannya bagi dapatkan gambaran sebenar.

“Setakat ini, kita belum mengetahui motif sebenar kejadian, namun percaya mangsa mengenali individu yang menyerangnya,” katanya.

Kata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa penyerang yang melepaskan tembakan adalah musuh mangsa, kerana semakan awal mendapati mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

sumber : sinarharian

No comments: