Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Lelaki didenda buat kecoh, di balai polis


GEORGETOWN - Akibat mengikut emosi, seorang lelaki didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan membuat kecoh dan memecahkan pintu cermin hadapan, dekat Balai Polis Jalan Patani, di sini, tiga hari lalu.

Majistret Noor Aini Yusof membuat keputusan itu sejurus Tan Eng Hooi, 36, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Eng Hooi disabit kesalahan iaitu berkelakuan tidak senonoh dengan membuat kacau dan pecahkan pintu cermin di dalam Balai Polis Jalan Patani, kira-kira jam 6.45 petang, 1 April lalu.

Untuk itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Noor Aini mengenakan denda RM100 atau 10 hari penjara sekiranya Eng Hooi gagal jelaskan denda itu.

Manakala untuk pertuduhan kedua, Eng Hooi disabit kesalahan melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan pintu cermin hadapan balai polis berkenaan mengakibatkan kerugian RM800, di masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, Nur Farhana mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kemudian, Noor Aini mengenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara, jika Eng Hooi gagal jelaskan denda itu.

sumber : sinarharian

No comments: