Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Putus kaki dilanggar kereta api


PASIR MAS - Penduduk tinggal berdekatan landasan kereta api di Kampung Lemal di sini, tidak sedar kemalangan melibatkan kereta api dengan lelaki dipercayai kurang siuman kira-kira jam 4.07 minit­ pagi semalam.

Lokasi kejadian yang agak jauh dari kediaman ditambah pula penduduk sedang tidur, menyebabkan orang ramai tidak sedar tentang insiden selepas polis ke sana.

Kesan darah mangsa jelas kelihatan di tempat kejadian dan tempat lelaki berkenaan tercampak.

Penduduk, Mohd Hanapiah Mohamad, 66, yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian berkata, dia tidak sedar ada kemalangan.

Dia yang tinggal di kampung ini sejak empat tahun lalu berkata, ini merupakan kejadian pertama menyebabkan­ kematian di sini.

Menurutnya, sebelum ini hanya ternakan penduduk yang berada sekitar landasan kereta api sahaja mati dilanggar pengangkutan itu.

“Ketika ke tempat kejadian­, saya sempat tengok mayat seorang lelaki tercampak ke dalam semak selepas dilanggar.

“Kakinya pula putus dan ditemui di landasan kereta api ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya petang semalam.

Mohd Hanapiah berkata, penduduk melintasi kawasan landasan kereta api berkenaan­ untuk ke bendang yang terletak tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kawasan kejadian juga merupakan lokasi penduduk menahan burung.

“Penduduk kerap melintasi landasan kereta api untuk ke bendang mengusahakan sawah dan kanak-kanak juga kerap bermain di sini.

“Mereka bagaimanapun sedar kereta api melalui kawasan berkenaan, kerana hon kerap dibunyikan sebaik sampai ke kawasan ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, mayat mangsa dipercayai berusia sekitar 20 hingga 30-an itu dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sehingga petang semalam, hanya seorang lelaki dari Tok Uban, Pasir Mas tampil membuat pengecaman ke atas mayat tetapi mengesahkan mangsa bukan anggota keluarga yang dicarinya.

Kejadian kira-kira jam 4.07 minit petang itu menyebabkan mayat mangsa tercampak kira-kira 7.3 meter dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber : sinarharian

No comments: