Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Bakal bapa dipenjara 4 tahun

AYER KEROH – Bakal bapa anak sulung dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana melakukan samun sebuah motosikal bersenjatakan pedang samurai, hujung tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Saad, 19, dari Padang Temu turut dijatuhi hukuman dua sebatan oleh Hakim Abu Bakar Katar selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari sebutan semula kes, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Firdaus didapati merompak bersenjatakan pedang samurai dengan mengambil sebuah motosikal jenis Honda Wave 110, milik Muhammad Najib Kamarudin, 20.

Mohd Firdaus yang bekerja sebagai pemasang permaidani melakukan kesalahan itu di tempat letak motosikal Bazar Mydin 24 Jam, Melaka Sentral, kira-kira jam 1.30 petang pada 16 Disember 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Mohd Firdaus yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan negeri memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan isterinya sedang mengandung, sementara mangsa tidak cedera ketika kejadian.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon meminta mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan senjata.

sumber : sinarharian

No comments: