Partime Job

Monday 2 April 2012

Persatuan Pengamal Perubatan digesa siasat pusat gugur bayi

MUAR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim hari ini meminta Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia menyiasat laporan mengenai kewujudan sebuah pusat perkhidmatan menggugurkan bayi untuk remaja terlanjur.

Mengulas laporan sebuah stesen televisyen, Razali berkata jika benar pusat perubatan tersebut wujud, harus dikenakan tindakan tegas kerana menyalahi amalan perubatan di negara ini.

Razali bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Membanteras Rasuah Dalam Bola Sepak di Stadium Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

Menyentuh isu rasuah bola sepak, Razali berkata usaha membangunkan sukan bola sepak di negara ini akan terbantut jika ada pihak-pihak yang membenarkan gejala tersebut berleluasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak berganding bahu untuk sama-sama membanteras gejala tersebut daripada menjadi barah dalam sukan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara turut memberi jaminan bahawa mereka yang memberikan maklumat berhubung perkara itu akan dirahsiakan identiti mereka.

Kempen tersebut diadakan sempena Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Muar yang disertai oleh 60 pasukan dari kawasan sekitar. – Bernama

No comments: