Partime Job

Monday 2 April 2012

Bot terbalik, 2 anggota polis hilang

SONG (Sarawak) - Dua anggota polis masih hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki bersama tiga lagi, terbalik di Sungai Katibas berhampiran Pekan Song di bahagian Kapit, semalam.

Ketua Polis Daerah Song Deputi Superintenden Zayadi Sebeli berkata mangsa yang berusia lingkungan 20-an, berasal dari Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti mereka ketika ini sehingga keluarga masing-masing dimaklumkan.

Beliau berkata mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas memancing ketika tragedi itu berlaku antara 2 petang dan 3 petang.

"Arus sungai pada masa itu adalah deras," katanya.

Zayadi berkata tiga lagi termasuk dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan pemandu bot yang sempat berenang ke tebing sungai.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan pada kira-kira 5 petang semalam selepas kami menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Operasi itu dikendalikan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Lembaga Sungai Sarawak, Rela dan polis. Kami akan meneruskan pencarian sehingga menemui mangsa," katanya. - Bernama

No comments: