SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 23 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 30 di rumah majikannya di Telok Blangah Heights, Khamis lalu.
Ia adalah kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan kemalangan tidak sengaja akibat terjatuh dari rumah majikan sehingga meragut nyawa mereka.
Menurut saksi, mangsa sedang membersihkan tingkap sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh tetapi sempat berpaut pada jeriji tingkap serta menjerit meminta tolong kepada majikannya.
Bagaimanapun, majikannya gagal untuk menyelamatkannya dan dia akhirnya terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis masih sedang menjalankan siasatan serta mendakwa ia tidak berunsur perbuatan jenayah.
sumber : sinarharian
No comments:
Post a Comment