Partime Job

Monday 2 April 2012

Pemancing dikhuariti lemas manakala tujuh terselamat setelah dilanggar bot

PELABUHAN KLANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tujuh yang lain terselamat apabila sampan yang mereka dinaiki ketika memancing dilanggar sebuah bot nelayan di Pulau Ketam di sini, awal hari ini.

Lelaki yang hilang selepas terjatuh ke laut itu ialah seorang peniaga yang dikenali sebagai Khairul Anuar, 35.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ASP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Khairul bersama tujuh pemancing -- lima lelaki tempatan dan dua Indonesia -- tercampak dari sampan mereka yang dilanggar sebuah bot di Selat Md Zain, Pulau Ketam.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan untuk mengesan mangsa yang hilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

No comments: