Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 16 April 2012

Penganggur berang pukul ibu dengan besen

CHUKAI – Berang kerana tidak diberikan wang, seorang penganggur tergamak memukul ibunya dengan besen, di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut dekat sini kelmarin, sebelum menghilangkan diri.

Perbuatan biadab itu menyebabkan si ibu yang berusia 58 tahun tergamam dengan tindakan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang.

Bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

“Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang,” katanya semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan parah.

sumber : sinarharian

No comments: