Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 2 April 2012

Orang Melayu harus sedar

IPOH - Kedudukan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin terancam apabila ada pihak sentiasa mencari jalan untuk mencabar dan meminda perlembagaan itu untuk kepentingan masing-masing, demikian dakwaan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail.

Beliau berkata, orang Melayu harus sedar memandangkan hak dan keistimewaan orang Melayu semakin dipinggirkan walaupun secara terang-terangan ia tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bayangkan jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, mungkin mereka akan membawa konsep kesamarataan dalam sistem pemerintahan di negara ini, mungkin juga pindaan perlembagaan akan berlaku sehingga menyebabkan orang Melayu hilang hak dan keistimewaan dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada forum khas ‘Ancaman Kepa­da Melayu-Pin­­daan Perlembagaan’ anjuran Majlis Persidangan Melayu (MPM) dan GMP yang disampaikan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, semalam.

Forum berkenaan antara lain mengupas dan menjelaskan secara terperinci kepentingan orang Melayu dalam negara ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hilmi menggesa supaya orang Melayu insaf dan sedar akan perkara berkenaan.

“Pihak pentadbir dan pemerintah harus memahami dan mendalami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan agar hak orang Melayu tidak tercicir pada masa hadapan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: