Partime Job

Monday 2 April 2012

Lelaki maut terbabas

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh besi pengadang jalan di Kilometer 36 Jalan Pintasan Sungai Ular arah Kuantan-Kemaman, malam kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa, Abdul Halil Alias, 34, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

“Motosikal mangsa kemudiannya terlanggar besi pengadang jalan menyebabkan dia tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, kelmarin.

Zainalabidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: