Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 2 April 2012

Lorong maut tunggu mangsa


KUANTAN - Penduduk Taman Mahkota Aman, dekat sini, menggelar Lorong 32 Taman Mahkota Aman sebagai lorong maut apabila tiga kerosakan jalan di kawasan itu masih belum dibaiki.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan tersebut ‘terlopong’ dan mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.

Penduduk, Ramli Putih, 46 berkata, keadaan jalan yang dibiarkan berlubang selepas didakwa penutupnya dicuri sejak tiga bulan lalu boleh mengakibatkan pengguna terdedah kepada kemalangan.

Beberapa meter dari lubang itu juga terdapat satu lubang mendap yang masih belum diturap.

“Kami sudah buntu memikirkan masalah ini yang seperti tiada kesudahannya. Sebanyak dua penutup lubang dicuri dan sehingga kini, pihak bertanggungjawab masih belum menggantikan penutup lubang berkenaan.

“Satu daripada lubang itu sudah ditimbus tanah, tetapi semakin hari kelihatan men-dap dan tidak mustahil akan kembali berlubang atau men-dap kerana tapak jalan itu pada asalnya ialah sebuah paya,” katanya.

Ramli berkata, penunggang motosikal sudah beberapa kali hampir terbabas gara-gara tidak perasan dua lubang yang berdekatan di lorong tersebut.

Justeru katanya, penduduk terpaksa menggunakan kayu dan kon sebagai amaran kepada pemandu untuk mengelakkan kemalangan.

Menurutnya, jalan itu adalah laluan utama penduduk dan kanak-kanak untuk ke padang berhampiran.

“Saya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jika lubang itu tidak ditutup segera, saya bimbang ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.

“Masalah kecil ini jika dibiarkan akan memudaratkan kami. Oleh itu, kami harap pihak atasan memandang serius mengenai masalah ini dan baiki kerosakan tersebut secepat mungkin,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: