Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 12 April 2012

nekad terjun kereta : Kanak-kanak nyaris jadi mangsa culik

KOTA BHARU – Tindakan nekad seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terjun dari kereta ketika kenderaan itu dilarikan penjenayah menyelamatkan dia dari menjadi mangsa culik dalam kejadian curi kereta di Pasir Tumboh di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika bapa mangsa yang juga seorang doktor di sebuah hospital di sini berhenti di tepi jalan untuk menghantar adik mangsa di sebuah tadika berdekatan.

Katanya, doktor berkenaan turun dari kereta jenis Honda Accord tanpa mematikan enjin sebelum tiba-tiba dihampiri sebuah Perodua Kancil yang berhenti berhampiran lalu seorang daripada dua penjenayah masuk ke dalam kereta itu dan melarikan kenderaan tersebut.

“Dia yang panik tidak dapat berbuat apa-apa apabila memikirkan dua anak lelakinya, lapan dan 10 tahun berada di dalam kereta tersebut. Bagaimanapun, salah seorang daripada anaknya itu bertindak berani terjun selepas menyedari orang tidak dikenali masuk ke dalam kereta.

“Manakala, seorang lagi anaknya ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum, penjenayah terbabit memecut menghala ke arah Binjai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Azham berkata, susulan kejadian, bapa mangsa membuat laporan polis di balai polis Kubang Kerian dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 kerana menculik serta 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

“Kes akan disiasat dan pada masa yang sama pihak kami berpuas hati serta bersyukur dua kanak-kanak ini terselamat dari diapa-apakan penjenayah terbabit. Selain itu, orang awam yang mempunyai maklumat boleh disalurkan bagi membantu pihak polis mengesan dua lelaki tersebut,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: