Partime Job

Monday 16 April 2012

Natasha Hudson, Carleed selamat diijab kabul


KUALA LUMPUR - Setelah lebih dua tahun menyulam cinta, Carleed Khaza, 33, dan Natasha Hudson, 30, selamat diijabkabulkan pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kira kira jam 12 tengah hari tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri ini, sah bergelar pasangan suami isteri.

“Walaupun masih terkejut, tetapi saya amat gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti yang kami berdua rancangkan sebelum ini. Saya bersyukur semuanya telah dipermudahkan.

“Selepas ini tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu akan menjadi keutamaan buat saya,” kata Natasha tersenyum manis.

Pada majlis itu, pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan tujuh dulang hantaran disediakan oleh pihak Natasha sebagai balasan.

sumber : sinarharian

No comments: