Partime Job

Thursday 19 April 2012

Muntah darah sebelum maut

ARAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di selekoh lalu merempuh tembok di bahu jalan itu sebelum terjatuh ke dalam longkang berdekatan lampu isyarat Batas Liku, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa, Danial Fakiq Zainol, 25, yang berasal dari Kampung Pida 3 Lama, Tambun Tulang, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.
Saksi, Ahmad Ishamudi Ahmad Elias, 27, berkata ketika kejadian itu, dia berada di kedai motosikal di depan jalan berkenaan.

“Kami beramai-ramai mengangkatnya ke atas jalan dan mangsa yang parah tidak dapat berkata-kata. Kami mengalihkan badannya sebelum dia memuntahkan darah serta sesak nafas sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.


Sementara itu, Pegawai Turus Traffik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Asisten Superintendan Rosli Yahaya berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Padang Nyu menuju Arau, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala

sumber : hmetro

No comments: