Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 27 April 2012

Latihan’ pelik ragut nyawa perisik

LONDON - Kematian misteri seorang perisik di dalam beg berkunci hampir menemui jawapan.

Ini kerana, tuan rumahnya mendedahkan lelaki itu pernah mengikat tubuhnya pada katil untuk melihat sama ada dia boleh melepaskan dirinya atau tidak semasa melakukan ‘latihan’ pelik di rumahnya.

Menurut laporan inkues, kelmarin mayat Gareth Williams, 31, itu ditemui dalam keadaan terikat oleh tuan rumahnya kira-kira tiga tahun sebelum dia ditemui mati pada 2010.

“Kami sedang tidur semasa terdengar jeritan Williams meminta tolong. Dan kami terpaksa menggunakan kunci pendua untuk menyelamatkannya pada masa tersebut,” jelas tuan rumah, Jeniffer Elliot.

sumber : sinarharian

No comments: