Partime Job

Friday 27 April 2012

5 pesilat Pahang mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang mempamerkan aksi terbaik pada hari ketiga Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam apabila lima daripada tujuh pesilat mereka melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kategori silat olahraga, hari ini.

Lima pesilat tersebut yang memenangi kelas masing-masing ialah Ahmad Shahriduan Zailudin dalam Kelas Putra D (60-65kg), Mohd Yusrizal Abdul Latiff dalam Kelas Putra E (65-70kg), Mohd Saiful Riduan Rahmat dalam Kelas Putra H (80-85kg), Ahmad Badrirullah Rahmat dalam Kelas Putra F (70-75kg) dan Aznirah Hanum Sekeni dalam Kelas Putri A (40-45kg).

Kategori silat seni yang menawarkan 12 pingat emas dilangsungkan lewat malam tadi dan hari ini.

Dua belas pingat emas itu ditawarkan menerusi acara Solo Bebas Putera dan Puteri, Jurus Tunggal Putera dan Puteri, Ganda Putera dan Ganda Puteri, Regu Putera dan Puteri, Tempur Tangan Kosong Putera dan Puteri serta Tempur Bersenjata Putera dan Puteri.

Kejohanan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Kuala Lumpur selama enam hari sejak Selasa lepas disertai oleh 17 kontinjen seluruh negara dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000. – Bernama

No comments: