Partime Job

Monday 2 April 2012

Lampu isyarat berbahayaan

SEREMBAN – Aspek keselamatan di kawasan lampu isyarat Taman Senawang Jaya, dekat sini perlu diambil perhatian sewajarnya sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihak berwajib perlu menekankan aspek keselamatan di kawasan tersebut.

Menurutnya, kedudukan lampu isyarat yang dibina sejak 2010 itu sering mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kewajaran meletakkan lampu isyarat di simpang jalan ini perlu, namun ianya mengundang bahaya kepada pengguna kerana tidak mempunyai kon keselamatan bagi pengguna yang ingin masuk dan keluar simpang.

“Mungkin kami tidak arif dalam memberi cadangan kepada masalah ini tetapi pihak berwajib perlu melakukan sesuatu tindakan segera untuk mengurangkan kadar kemalangan yang semakin kerap berlaku,” katanya di sini.

sumber :sinarharian

No comments: