Partime Job

Thursday 5 April 2012

Kantoi curi lima helai coli

KUALA BERANG – Gara-gara mencuri lima helai coli yang dijemur di pekarangan sebuah rumah di Kampung Gaung kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama sehari dan dikenakan denda sebanyak RM2,500.

Tabiat pelik Nyam Kee Chie, 21, mencuri pakaian dalam wanita itu akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila Majistret Abdul Hayyi Salim dari Mahkamah Majistret Kuala Berang menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya semalam.

Menurut fakta kes, tertuduh dilihat berada dalam keadaan mencurigakan apabila memberhentikan kereta Perodua Kancil di hadapan rumah mangsa sebelum berjaya dikepung sekumpulan penduduk kampung.

Lelaki terbabit pada mulanya tidak mengaku ketika ditanya perbuatannya yang mencurigakan penduduk kampung, tetapi apabila didesak, dia mengaku mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di pekarangan rumah berkenaan.

Penduduk kampung yang berang dengan kejadian itu memaklumkan kepada pihak polis dan hasil pemeriksaan mendapati, lima helai coli yang sempat dicuri berada padanya sebelum dia dibawa ke Balai Polis Kuala Berang pagi kelmarin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Tuan Rosnah Tuan Husin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber : sinarharian

No comments: