Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 5 April 2012

Mayat seorang suri rumah ditemui mati

NIBONG TEBAL - Seorang suri rumah ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan luka di leher dan badan di rumahnya di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini malam tadi.

Mayat P.Letchumi, 54, ditemui dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik di rumah itu oleh suaminya S. Nadharajan, 55, pada pukul 7.30 malam.

"Suami wanita itu yang bekerja sebagai pemandu lori baru pulang bekerja dan terkejut apabila mendapati pintu rumah mereka terbuka kerana selalunya mangsa sentiasa menutup pintu rumah," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin mengenali suspek kerana tiada kesan rumahnya dipecah masuk dan polis menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan.

Shafien berkata berdasarkan hasil bedah siasat, Letchumi dipercayai dibunuh kira-kira tiga jam sebelum mayatnya ditemui.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu di GEORGE TOWN, mayat seorang lelaki berusia 60 tahun ditemui oleh orang awam dalam sebuah longkang di Bandar Baru, Air Itam dekat sini pada pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata berdasarkan siasatan awal, polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.- Bernama

No comments: