Partime Job

Thursday 5 April 2012

Buruh dituduh rogol gadis bawah umur


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam setelah berdepan dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur pada 2010 yang lalu.

Tertuduh, Che Awang Che Abdullah, 31, yang berasal dari Jertih, Besut, dituduh melakukan kesalahan itu pada 15 Disember 2010, antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang di kawasan semak, tempat perkelahan di Air Tawar, Besut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu ke atas seorang gadis bawah umur yang ketika itu berusia 15 tahun lima bulan dam didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh yang berpakaian lokap bagaimanapun mohon dibicarakan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud.

Hakim Wan Fadhilah Nor kemudiannya menetapkan tarikh sebut semula pada 8 Mei depan untuk lantikan peguam dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

sumber : sinarharian

No comments: