Partime Job

Friday 13 April 2012

JHEAT: Tertib lupus al-Quran lama


KUALA TERENGGANU - Pelupusan kitab suci al-Quran dan ayat-ayat al-Quran dalam semua bentuk seharusnya dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad Saw serta panduan hidup umat Islam hingga ke hari kiamat.

Namun, ramai yang mungkin masih belum tahu cara terbaik menguruskan ayat-ayat suci itu, apatah lagi jika al-Quran berkenaan sudah buruk atau terkoyak sehinggakan ada yang sekadar membiarkannya dalam almari, hingga semakin rosak dimakan tikus.

Malah, tidak dapat dinafikan tanpa sedar atau tidak ada yang sekadar melonggokkan al-Quran bersama buku-buku lain lalu kemudiannya dijual di pusat pengumpulan barang terpakai, ataupun membakarnya begitu sahaja.

Bagaimanapun, usaha berterusan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Bahagian Penyelidikan, sedikit sebanyak mengubah senario berkenaan, sekali gus meningkatkan kesedaran komuniti di negeri ini agar sama-sama menjaga kesucian al-Quran dalam apa juga keadaan.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd Noor Mohamad berkata, kerja-kerja pelupusan al-Quran bermula daripada peringkat awal hingga akhir, tidak boleh dilakukan secara remeh sebaliknya mengikut panduan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

“Sebenarnya pelupusan al-Quran lama ini menjadi tanggungjawab individu, bagaimanapun didapati banyak al-Quran atau teks berkaitan tidak diuruskan dengan sewajarnya dan kita tidak ingin keadaan sebegini berterusan berlaku dalam masyarakat di negeri ini.

“Peranan JHEAT khususnya melalui Bahagian Penyelidikan diharapkan mengubah keadaan itu. Biasanya, al-Quran lama atau rosak ini diperoleh daripada individu, masjid ataupun Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu,” katanya.


Perlu berwuduk, bebas dari hadas dan tutup aurat

Menurutnya, proses pelupusan al-Quran bermula daripada kerja-kerja pengasingan, merincih, membakar hingga pembuangan abu.

“Sepanjang proses dijalankan, setiap petugas disyaratkan berada dalam keadaan berwuduk, bebas daripada hadas dan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, proses berkenaan agak mengambil masa kerana ia dilakukan secara manual dan dengan usaha sendiri kakitangan Bahagian Penyelidikan juga telah mendapatkan tong serta merekabentuknya sebagai relau bagi kerja-kerja pembakaran.

“Proses peringkat pertama melibatkan pengasingan iaitu mengasingkan helaian al-Quran bagi memastikan ia diceraikan satu-persatu daripada kulitnya. Manakala, al-Quran yang basah akan dikeringkan terlebih dahulu.

“Seterusnya, peringkat merincih dan membakar. Kerja-kerja membakar helaian tersebut dilakukan dalam relau yang direka khas dan keadaan api akan dikawal dari masa ke masa bagi mengelakkan ketidaksempurnaan hasil pembakaran.

“Setelah petugas yakin setiap helaian tersebut betul-betul hangus dan menjadi abu iaitu tanpa meninggalkan sedikitpun kesan fizikal tulisan al-Quran, barulah abu berkenaan dikumpulkan untuk dimasukkan dalam karung plastik. Plastik ini pula haruslah mengandungi dua
lapisan,” katanya.

Menurutnya, tindakan selanjutnya ialah melupuskannya dan selain dibuang ke dalam laut, ia juga boleh ditanam tetapi ia tidak boleh dilakukan di lokasi sewenang-wenangnya, sebaliknya harus diambil kira beberapa faktor agar kawasan berkenaan tidak digali semula
khususnya bagi tujuan pembangunan.


Teruja lihat sendiri proses

Penulis berpeluang mengikuti JHEAT ke Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran anjuran Bahagian Penyelidikan JHEAT yang melupuskan 200 kilogram abu al-Quran di perairan Terengganu, baru-baru ini.

Perjalanan sejauh kira-kira sembilan batu nautika menaiki kapal milik Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur bagaikan tidak terasa, apatah lagi program ketuai sendiri Mohd Nor selain kehadiran Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad
Ramli Nuh.

Malah, rasa mual yang mulanya menerjah tekak tatkala kapal dinaiki berlabuh di lokasi, hilang tiba-tiba kerana keterujaan menguasai diri kerana berpeluang melihat sendiri secara

sumber : sinarharian

No comments: