Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Jasad adik berdarah

RANTAU PANJANG: “Saya tidak sangka, mayat dalam kereta ditinggal hadapan kedai mi celup milik ibu adalah mayat adik sendiri,” kata Sahera Mohd Zain, 29, kakak kepada Mohamad Nazuri Mohd Zain, 24, yang maut ditembak di Jalan Sekolah Cina berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon Rantau Panjang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke Rantau Panjang bersama seorang rakan menaiki sebuah kereta Proton Wira ditembak seorang lelaki yang membonceng sebuah motosikal bersama rakan.
Mangsa diekori dua lelaki itu dan diarahkan berhenti, tetapi enggan berbuat demikian sebelum pembonceng motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin penumpang hadapan dan belakang sehingga terkena rahang serta dada kiri mangsa.

Rakan mangsa yang panik segera memecut kereta dipandu dan meninggalkannya di hadapan kedai menjual mi celup milik ibu mangsa di kawasan berhampiran Pasar raya Mydin, di sini, sebelum keluar menyelamatkan diri.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga, manakala rakan mangsa, Muhamad Sazuazi Saufi, 27, yang cedera di tangan kiri kini dirawat HPM.

sumber : mymetro

No comments: