Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 2 April 2012

Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam letupan

HATYAI (Selatan Thailand) - Dua lelaki warga Malaysia dipercayai terkorban dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardes Plaza di sini kelmarin dengan salah seorang daripada mereka belum dikenal pasti.

Mangsa yang terbunuh ialah Low Phin Hock, 46, dari Kulim, Kedah manakala identiti seorang lagi sukar dikenal pasti kerana rentung teruk.

Identiti mangsa hanya akan diketahui selepas pengecaman terhadap mayat itu dilakukan oleh sebuah keluarga yang mendakwa anak mereka hilang di Hatyai. Mayat kedua-dua mangsa berada di Hospital Songkhlahaqarid di sini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Taib berkata, Phin Hock yang berada di dalam pusat beli-belah ketika letupan berlaku mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Identiti seorang lagi mangsa terkorban akan diketahui selepas sebuah keluarga membuat pengecaman hari ini (semalam)," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian letupan di pusat beli-belah dan hotel itu disahkan berpunca daripada letupan sebuah bom kereta yang berada di bangunan tersebut.

Mengenai rakyat Malaysia yang cedera, Mohd. Aini memberitahu, setakat ini hanya lapan orang masih mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital di sini manakala tiga yang lain telah dibenarkan keluar.

sumber : kosmo

No comments: