Partime Job

Monday 2 April 2012

Cuba dulu amah dari Myanmar

KUALA LUMPUR - Majikan Malaysia bersedia mencuba perkhidmatan amah dari negara baharu seperti Myanmar bagi menampung permintaan yang semakin tinggi untuk pekerja dalam sektor itu.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, cadangan pengambilan amah Myanmar itu dialu-alukan walaupun sehingga kini rakyat negara itu belum pernah bekerja dalam sektor itu di Malaysia.

"Jika cadangan pengambilan itu diteruskan, ia menjadi satu sejarah apatah lagi kerajaan Myanmar sendiri pernah melarang wanitanya bekerja sebagai amah di negara asing.

"Selain itu, reputasi pekerja dari Myanmar yang kini bekerja dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan juga memang baik," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan pengambilan amah dari Myanmar sewaktu melawat negara tersebut minggu lalu.

sumber : kosmo

No comments: