Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Didenda pecah cermin kereta adik

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam, atas kesalahan memecahkan cermin kereta milik adiknya.

Hukuman dijatuhkan Majistret Arif Mohamad Shariff selepas tertuduh, Juita Nadira Mad Jamil, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 24 Januari lalu, kira-kira jam 9.05 malam, selepas berlaku pertelingkahan antara tertuduh dan adiknya di sebuah rumah di Taman Permata, Bukit Mertajam.

Tertuduh yang gagal mengawal perasaan­ kemudiannya bertindak memecahkan cermin kereta jenis Proton Wira milik adiknya itu.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berbaju kurung itu bagaimanapun merayu supaya hukuman diringankan.

Hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa raya Siti Sakinah Ibrahim.

sumber : sinarharian

No comments: