Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Abang pesan belajar bersungguh-sungguh

SEREMBAN: “Abang berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh dan dia akan bekerja lebih masa untuk membantu membiayai kos pendidikan demi memastikan kejayaan saya,” kata Nurul Azida Abdul Azib, 22, adik kepada Shahrul Izwan, 23, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kayu Ara-Mambau di sini, malam kelmarin.

Pekerja hotel itu bersama rakannya, Mohd Fahmie Abas, 23, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di sekitar Port Dickson, bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah kereta. Dalam kejadian jam 9 malam itu, motosikal Yamaha RXZ ditunggang Fahmie datang dari arah Seremban 2 menuju ke Mambau. Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Proton Satria Neo dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung motosikal mangsa.


Kedua-dua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia.

sumber : mymetro

No comments: