Partime Job

Wednesday 4 April 2012

8 tukang urut asing ditahan


KLANG - Lapan tukang urut warga asing masing-masing tujuh dari China dan seorang dari Thailand ditahan menerusi satu operasi rumah urut yang diadakan sekitar Bukit Tinggi, di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, premis yang menempatkan lapan tukang urut itu dipercayai menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan selain turut menjadi tumpuan pengunjung di situ sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, seramai 20 anggota diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid menjalankan operasi yang turut disertai Jabatan Pelesenan MPK.

“Tindakan sita diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Kecantikan Dan Penjagaan MPK 2007 kerana beroperasi secara haram. Dalam pada itu, pelbagai barangan turut dirampas antaranya bantal, tilam dan kain langsir di situ.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil risikan bersama kesemua jabatan terlibat dan maklumat awam yang banyak membantu majlis dalam melakukan operasi membanteras gejala tidak bermoral di kawasan ini,” katanya.

Norfiza berkata, selain rumah urut, MPK juga memperhebatkan operasi terhadap premis warga asing, pusat siber dan gerai haram yang mengganggu ketenteraman setempat dan menjejaskan imej Klang

“Kita mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan premis haram terutamanya rumah urut kerana ia bakal memberi kesan negatif khususnya kepada masyarakat setempat,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: